Pages

Monday, March 18, 2013

STPM 2012: Keputusan cemerlang lebih tinggi


Post Pic

SELAYANG: Lebih ramai pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas berbanding tahun 2011.

Seramai 442 calon atau 0.86 peratus mendapat CGPA 4.0 berbanding 300 calon atau 0.59 peratus pada tahun sebelumnya.

Bilangan pelajar cemerlang, pelajar yang mendapat 5A juga meningkat dari enam kepada 18 pelajar.

STPM 2012 adalah yang terakhir yang akan diadakan di bawah format lama apabila tiga tahun lalu Kementerian Pelajaran memutuskan merombak format peperiksaan yang lama kepada format semester.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berharap format yang baru akan menggalakkan lebih ramai pelajar menduduki STPM.

"Keputusan semester pertama di bawah format baharu akan dikeluarkan Khamis ini. Saya fikir pelajar melakukan lebih baik daripada yang kita harapkan.

"Tetapi adalah tidak adil untuk membandingkan keputusan semester satu ini dengan format lama, kerana pelajar-pelajar ini baru memulakan pengajian mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan di sini, Isnin.

Sebanyak 51,673 pelajar menduduki peperiksaan ini tahun lepas.-mstar online

Reaksi Anda:

0 komen:

Post a Comment